![Kucing mati hampir 24 jam hidup kembali Kucing mati hampir 24 jam hidup kembali](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.458821.1449242045%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg)
Sedutan rakaman keluarga Bingham menyelamatkan seekor anak kucing yang disangka mati beku.
UTAH - AMERIKA SYARIKAT. Seekor anak kucing yang disangka mati beku
akibat tertanam oleh salji hidup kembali selepas diberi rawatan
kecemasan lebih sejam.
Melalui rakaman yang dimuatnaik oleh Branden Bingham di Youtube,
bangkai anak kucing berkenaan ditemui ketika keluarga Bingham keluar
dari rumah untuk bermain salji yang turun semalaman.
Salah seorang ahli keluarga Bingham kemudian membawa bangkai anak
kucing tersebut masuk ke rumah dan meletakkannya di tepi api sambil
memberikan CPR dan mengurut jantungnya lebih sejam.
Mereka bagaimanapun berhenti merakam kejadian kerana menyangka anak
kucing tersebut sudah benar-benar mati dan meninggalkannya di tepi api
untuk bermain salji.
Menakjubkan apabila sekembalinya keluarga Bingham ke dalam rumah, anak kucing tersebut ditemui bernafas walaupun lemah.
Keluarga Bingham kemudian membawa anak kucing tersebut ke klinik haiwan untuk rawatan susulan.
Perkongsian keluarga Bingham telah menarik perhatian berjuta-juta
pelayar laman Youtube yang kebanyakannya memuji tindakan keluarga
Bingham dalam menyelamatkan haiwan malang berkenaan.
"Saya menangis menonton video awak. Terima kasih kerana tidak putus asa
menyelamatkan anak kucing itu," komen Melina dari London, Britain di
Youtube.
"Anak kucing yang comel! Matanya memang cantik, awak patut terus membelanya," kata Murasaki dari Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment