MACHANG - Seorang pemandu jengkaut maut akibat lemas selepas terjatuh
ke dalam saluran paip air di kawasan Pangkalan Pasir, dekat Kemubu, di
sini kira-kira jam 3 petang, kelmarin.
Ketika kejadian, mangsa, Alias Mat Ripin, 60, dikatakan terjatuh ke
dalam paip ketika cuba membersihkan saluran itu yang tersumbat di tempat
kerjanya di Kemubu, dekat sini.
Isterinya, Noraini Mohd Noh, 47, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan rakan sekerja suaminya itu.
“Rakannya datang ke rumah dan memberitahu arwah jatuh di tempat kerja.
“Dia tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik cuma agak pendiam sejak kebelakangan ini,” katanya.
Noraini berkata, Alias yang juga bekas pesara tentera bekerja sebagai
pemandu jengkaut pasir sejak dua tahun lalu dan berulang alik dari rumah
mereka di Kampung Membatu, Ketereh.
Adik mangsa, Bustamam menyifatkan Alias seorang yang kuat bekerja dan
suka bergurau selain sangat mengambil berat tentang adik-beradik mereka
seramai empat orang.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rambutan Rendang pada jam 3 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan
Dzulkifli Abdul Ghani berkata, pada kejadian jam 3 petang itu, mangsa
meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.
Katanya, laporan polis dibuat di Balai Polis Pulai Chondong dan mayat
mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum diserahkan
kepada keluarga
No comments:
Post a Comment