Pemecatan Muhyiddin dan Shafie itu bukannya kerana
1MDB atau isu RM2.6 bilion tetapi, disebabkan mereka tidak patuh dengan
keputusan MT UMNO
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan
menyatakan, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal digugurkan daripada UMNO, ia bukanlah disebabkan isu
1Malaysia Development Berhad (1MDB) ataupun isu dana RM2.6 bilion.
Sebaliknya, kata beliau, tindakan itu dibuat ekoran
ketidakbertanggungjawaban dua pemimpin parti tersebut yang tidak patuh
dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Abdul Rahman berkata, MT sebelum ini sudah memberi arahan kepada
mereka agar tidak membincangkan isu yang menjadi kontroversi itu kepada
umum sebaliknya, menggunakan saluran yang betul bagi mendapatkan
jawapan.
“Bila MT dah buat keputusan, enough is enough, cukup. kalau nak
tanya, tanya di sini (MT), bila PM tak lagi bercakap, Timbalan Presiden
gunakan platform media online untuk ketengahkan isu ini.
“(Sekiranya) Bila diambil tindakan, bukan kerana isu itu, tapi kerana
mereka melanggar arahan MT,” kata Menteri Kesejanteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu seperti dilapor laman portal pro
Barisan Nasional BNBBC pada Rabu.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, beliau sangat bersetuju
sekiranya UMNO mengambil tindakan bterhadap kedua-dua pemimpin parti itu
dan menyifatkan ia sebagai satu tindakan wajar.
No comments:
Post a Comment