Tan Muhyiddin Yassin berkata beliau mahu melihat apakah langkah yang
akan diambil oleh Datuk Seri Najib Razak bagi menangani masalah yang
dibangkitkannya.
“Selepas ini saya nak lihat apakah langkah-langkah yang akan dia buat untuk masalah-masalah yang saya bangkitkan.
“Ini
bukan masalah saya, tapi masalah rakyat,” katanya kepada pemberita
selepas penggulungan presiden Umno dalam perhimpunan agungnya hari ini.
Muhyiddin
sebelum ini lantang mengkritik dalam isu 1MDB dan kemasukan wang RM2.6
bilion ke dalam akaun peribadi Najib, sehingga beliau digugurkan
daripada kabinet.
Muhyiddin juga dinafikan peluang bercakap kepada
perwakilan sepanjang perhimpunan agung Umno di ibu negara yang baru
tamat sebentar tadi.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment