Saturday, December 12, 2015

Shahanim dihina kerana bagi wang kepada ahli UMNO

 | December 12, 2015
Beliau mengaku memberi wang untuk sama-sama berkongsi rezeki Allah dan tidak kisah dikeji kerana tangan yang memberi lebih mulia.
shamim
KUALA LUMPUR: Senator Shahanim Mohamad Yusoff mengaku beliau memberi wang kepada ahli UMNO dari kampungnya yang datang ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.
Katanya, beliau berpesan kepada Wanita UMNO itu supaya membeli telekung baharu kerana mereka akan singgah di Masjid India sebelum bertolak pulang ke Sungai Petani, Kedah.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, beliau kecewa kerana perbuatan memberi sedikit wang menyebabkan beliau dihina, dikeji dan dicaci.
Gambar beliau mengagihkan wang di dalam bas kepada ahli UMNO menjadi viral di laman sosial dan menerima kritikal hebat netizen.

“Sesungguhnya kerana memberi sedikit duit kepada orang kampung, saya
telah dihina, dikeji dan dicaci.
“Saya berserah kepada Allah. Anggapan orang saya tidak boleh halang. Biarlah saya dikeji kerana tangan yang memberi, daripada saya dikeji orang kampung saya mai KL pun saya tak peduli.
“Biarlah satu dunia viralkan saya tetap seperti saya. Tetap akan berkongsi rezeki dengan yang kurang berkemampuan sampai bila.

“Menjadi pemimpin jiwa kena besar. Saya adalah diri saya, Dan saya mengaku saya bagi (duit).
“Terima kasih Allah. Rezeki ini dapat dikongsi bersama. Bukan sahaja makcik-makcik tapi gelandangan dan pelajar-pelajar miskin,” jelas bekas Naib Ketua Puteri UMNO.

No comments:

Post a Comment