Siasatan itu berkenaan kemungkinan berlaku
perlanggaran undang-undang negara itu oleh 1MDB, melibatkan wang
berjumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion).
PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara sedia bekerjasama dengan pihak
Switzerland berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara,
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia kenyataan balas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap
permintaan Ketua Pendakwaraya Switzerland yang secara rasmi meminta
bantuan Malaysia dalam siasatan kemungkinan berlaku perlanggaran
undang-undang negara itu oleh 1MDB, melibatkan wang berjumlah AS$4
bilion (RM16.8 bilion), lapor Astro Awani.
Walau bagaimanapun, Mohamed Apandi juga memberitahu beliau akan
melihat terlebih dahulu siasatan Switzerland bersama dengan hasil
siasatan pihak berkuasa berkaitan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.
Terdahulu, pada Selasa, Mohamed Apandi menyatakan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak melakukan sebarang kesalahan
berhubung kes SRC International selepas telah mengembalikan semula
sebahagian besar dana yang dikatakan ‘RM2.6 bilion’ yang diterima
daripada keluarga diraja Arab Saudi.
“Ia merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja
Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa sebarang balasan,”
katanya pada satu sidang khas.
Malah turut dilaporkan, tiada keperluan bagi kerajaan Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan berhubung sumbangan dana itu.

No comments:
Post a Comment