30/1/16
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah bukan pengganti Datuk Seri Mukhriz Mahathir, lapor Berita Harian hari ini.
Ini
kerana, nama anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu tiada
dalam senarai nama calon menteri besar Kedah yang baru.
Memetik
sumber, akhbar itu berkata tiga nama yang dicadangkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah ialah ADUN
Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat,
Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Hussin.
Sumber
itu berkata, ketiadaan nama Bashah dalam senarai itu mengejutkan kerana
nama timbalan badan perhubungan Umno Kedah itu didakwa ada dalam
senarai yang diserahkan Najib sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum ini.
"Sepanjang pengetahuan saya setakat ini tiada kata putus dicapai.
"Apa
pun macam-macam boleh berlaku kerana ia masih di peringkat cadangan dan
tidak mustahil nama Ahmad Bashah boleh kembali tersenarai," Berita
Harian memetik sumber itu sebagai berkata.
Bashah pada 20 Januari
lalu mengadakan sidang media mengejut mengumumkan beliau bersama 13
ketua Umno bahagian di Kedah mendesak Mukhriz meletak jawatan.
Desakan
itu dibuat selepas mendakwa pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan
terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dan
pengerusi Umno negeri serta mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak membuat perubahan segera.
Bagaimanapun, Mstar Online hari ini melaporkan hanya satu nama dibentangkan sebagai calon menggantikan Mukhriz.
Memetik
sumber Umno, portal itu berkata perdana menteri mencadangkan nama itu
dalam pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam.
Nama
yang dicadangkan itu dipercayai Ahmad Bashah yang juga senator dan
timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan,
lapor portal itu.
Menurut Mstar Online, jemaah juga meminta surat
rasmi mengenai status Mukhriz dalam Umno dan difahamkan, anak kepada Tun
Dr Mahathir Mohamad itu dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan
Kedah pada 4 petang semalam tetapi pembantunya berkata beliau berada di
kediamannya di Bukit Tunku.
Semalam, Najib berkata pertemuannya
dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah berjalan lancar dan senarai calon
yang dicadangkan menggantikan Mukhriz sudah diserahkan dan tidak ditolak
istana.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan senarai itu dan
berkata Mukhriz akan kekal sebagai menteri besar Kedah dan ketua badan
perhubungan Umno negeri hingga diberitahu kelak.
“Saya sudah serahkan nama yang dicadangkan bagi pihak Umno dan akan maklumkan perkembangannya kepada semua,” kata Najib.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment