10/1/16
![]() |
| Koin pada pintu kereta(foto: wittyfeed.com) |
Banyak pencuri yang terus menciptakan cara baru untuk mencuri kereta. Bagi para pemilik kenderaan roda empat ini, sudah seharusnya anda selalu waspada dengan modus-modus baru para pencuri.
Salah satunya trik sederhana ini yang disebut 'koin di pintu kereta'. Pencuri akan menyelipkan wang koin pada bahagian pembuka pintu kereta, biasanya di pintu belakang atau pintu bahagian penumpang.
Meskipun terlihat ecek-ecek tapi jika dibiarkan, kereta anda mungkin akan menghilang dalam waktu sekejap.
![]() |
| Pencuri kereta (foto: wittyfeed.com) |
Ketika wang koin diselipkan pada salah satu pembuka pintu kereta, itu dapat mencegah pintu kereta tersebut terkunci dari dalam ketika pemiliknya mulai menguncikannya dari luar.
Pencuri hanya tinggal menunggu pemilik kereta pergi atau sedang beristirahat. Saat kondisi sudah memungkinkan, baru pencuri akan masuk ke dalam kereta melalui pintu yang tidak terkunci tadi.
Oleh kerana itu, pastikan anda memeriksa setiap pintu kereta ketika hendak memakainya atau menyimpannya. Kerana siapa tahu ada koin menyelip pada salah satu bahagian pintu kereta.
Sumber: Wittyfeed.com


No comments:
Post a Comment