Netizen memberi pelbagai reaksi terhadap peringatan Perdana Menteri agar menteri berbelanja secara berhemah
PETALING JAYA : Laman sosial Datuk Seri Najib Tun Razak dihujani
pelbagai reaksi pengguna laman sosial atau netizen susulan peringatan
Perdana Menteri kepada anggota Kabinet supaya membelanjakan peruntukan
kerajaan secara berhemah.
Pemilik akaun Facebook, Abdullah Ahmad mencadangkan kepada Perdana
Menteri agar memberikan tumpuan yang lebih kepada kos sara hidup rakyat
yang berpendapatan rendah dalam semakan Bajet 2016 nanti.
“Saya ingin mencadangkan kepada Dato Seri supaya dalam semakan Bajet
2016 nanti perlu beri lebih tumpuan kepada kos hidup rakyat
berpendapatan rendah..contohnya memberi BR1M sebanyak RM500 sebulan dan
RM500 sebulan kepada pekebun kecil getah..,” katanya.
Jeff Aldean pula menyarankan Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya
dan agensi-agensi kerajaan yang baharu untuk menggelakkan pembaziran.
Shirley Yusof pula turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri dan
dia turut menyarankan agar kesemua menteri-menteri digerakkan untuk
turun padang bagi mendalami masalah rakyat di kawasan mereka.
Bagaimanapun, peringatan Perdana Menteri itu menerima lebih banyak komen-komen negatif.
King’s Roy memberikan komen “Dato….saya sebagai rakyat marhaen ingin
memohon pertolongan Dato supaya menasihatkan isteri Dato agar berjimat
cermat dan berhemah apabila berbelanja…”.
Muhammad Farid Wajdi turut memberikan komen dan mempersoalkan ke mana hilangnya kebanyakan subsidi.
“Mana hilang kebanyakan subsidi? Mana 2.6 billion?nothing to hide,” katanya.
Syed Husin Ali menerusi Twitter pula berkata, Najib seharusnya memberikan nasihat kepada dirinya dan beramal.
“@NajibRazak hahaha!Najib tweet dia nasihat para menteri supaya
berbelanja secara berkhemah. Beliau perlu beri nasihat sama kepada
dirinya dan amal,” tweetnya.
FMT

No comments:
Post a Comment