7/1/16

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) mendakwa wujud penyalahgunaan kuasa dalam pemberian pasport baru
terhadap dua anak model terkenal, Zahnita Wilson.
Aktivis
PPIM, Dr Mazlina Abu Bakar berkata suami Zahnita, Abd Zackery Ghouse
Abd Gafoor sebelum ini membawa dua anak mereka ke Phuket Thailand
sedangkan pasport asal masih berada dalam simpanan wanita itu.
Menurut Mazlina, adalah mustahil pihak Imigresen mengeluarkan pasport baru tanpa sebarang dokumen peribadi.
Perkara ini menjadi tandatanya bagi ibu kepada dua kanak-kanak tersebut termasuk pihak PPIM sendiri.
Malah, usaha PPIM mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu juga menemui jalan buntu.
Mazlina berkata pihak PPIM juga hanya diberitahu perkara tersebut akan 'dipanjangkan kepada pihak atasan'.
"Sebelum ini Zahnita cuba berhubung dengan pihak imigresen meminta penjelasan bagaimana pasport baru boleh dikeluarkan
"Sebelum ini Zahnita cuba berhubung dengan pihak imigresen meminta penjelasan bagaimana pasport baru boleh dikeluarkan
"Bila Zahnita pergi ke
imigresen pihak sana (Imigresen) ada beri akujanji (jaminan) akan tahan
bapa dan anak bila masuk kembali ke negara ini tapi itu pun tidak
berlaku," tambahnya.
Sehubungan itu NGO
tersebut menggesa pihak berkuasa termasuk Ketua Pengarah Jabatan
Imigresen menyiasat perkara ini dengan segera.
Dalam proses bercerai
Dua anak Zahnita dibawa ke Phuket pada 2 Disember oleh suaminya dan kembali ke tanah air lebih kurang seminggu selepas itu.
Dalam proses bercerai
Dua anak Zahnita dibawa ke Phuket pada 2 Disember oleh suaminya dan kembali ke tanah air lebih kurang seminggu selepas itu.
Beliau dan suami
dilaporkan kini berada dalam proses penceraian dan hak penjagaan anak
masih belum ditentukan oleh pihak mahkamah syariah
Kewujudan pasport 'baru' ini didakwa Zahnita turut dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Selangor .
Beliau hanya mendapat
tahu perkara ini selepas menerima panggilan telefon daripada dua anaknya
yang pada masa itu masih berada di Thailand.
Zahnita dalam masa sama meluahkan kebimbangannya terhadap insiden seperti ini yang berisiko untuk mengundang jenayah termasuk pemerdagangan manusia.
Zahnita dalam masa sama meluahkan kebimbangannya terhadap insiden seperti ini yang berisiko untuk mengundang jenayah termasuk pemerdagangan manusia.
"Kenapa pasport baru
dikeluarkan dengan senang tanpa dokumen sah anak-anak saya atau pun
laporan polis jika didakwa pasport hilang.
"Sebab sudah tentu ada polisi sepatutnya dan saya ingin diperketatkan pada masa akan datang," ujarnya
Cuma jabatan kaji cuaca saja yang belum terpalik rasuah.
ReplyDelete