Wednesday, February 17, 2016

KIMMA nafi berjuang untuk kepentingan politik

FMT | February 16, 2016
KIMMA berjuang terhadap isu levi supaya ia dapat membawa suara pengusaha restoran yang sedang terhimpit susulan kenaikan kos tersebut kepada pihak kerajaan.
KIMMAPETALING JAYA: Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) membidas Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA),Noorul Hassan Saul Hameed kononya parti itu mempersoal kenaikkan levi untuk meraih keuntungan politik.

Menurut Ketua Pemudanya, Harisrajudin Alaudin, Presiden KIMMA Datuk Seri Syed Ibrahim Kader tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan levi menyebabkan harga makanan juga meningkat.

“Beliau (presiden dalam kenyataannya sebelum ini) menjangkakan perkara itu mungkin boleh berlaku (kenaikan harga makanan apabila levi dilaksanakan), Datuk Seri Presiden tidak mengesahkan ia akan berlaku. Mereka perlu faham, ‘akan’ dan ‘mungkin’ dua penjelasan yang berbeza,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat parti itu hari ini.

Tambahnya lagi, KIMMA berjuang terhadap isu levi supaya ia dapat membawa suara pengusaha restoran yang sedang terhimpit susulan kenaikan kos tersebut kepada pihak kerajaan.
Beliau juga akui bantahan itu telah dipertimbangkan kerajaan sehingga levi ditangguh sementara waktu.

Selain itu, Harisrajudin turut menyelar kenyataan PRESMA kononnya parti itu terdesak untuk menarik sokongan masyarakat India Muslim dengan memainkan isu levi apabila hanya mendapat sokongan 10 peratus masyarakat itu.

“Ini tuduhan melulu dia (PRESMA), dia kata KIMMA memainkan isu levi adalah untuk meraih sokongan popular.
“Dari mana dia mendapat statistik 10% itu, saya minta dia beri bukti. Dia hanya berhak bercakap bagi pihak ahli PRESMA sahaja dia tak ada hak bercakap berkenaan dengan KIMMA atau kepimpinan KIMMA,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan PRESMA supaya menjaga ahli mereka yang dihimpit kesusahan bukan secara berterusan menyerang KIMMA kerana parti itu tidak akan sama sekali tunduk kepada desakan yang dibuat.

No comments:

Post a Comment