Friday, February 12, 2016

Lelaki ini mengaku hamil setelah berhubungan seks dengan lelaki

12/2/16

Lelaki ini ngaku hamil setelah berhubungan seks dengan pria
Gambar  hiasan©Daily Mail

Seorang lelaki berusia 52 tahun beranak dua di Kozhikode, India, didakwa hamil setelah berhubungan seks dengan sesama lelaki

Keluarganya resah dengan pengakuannya itu dan membawa dia ke psikiater.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Jumaat (12/2), selama enam bulan terakhir dia kerap mengeluh tentang perutnya. Dia mengatakan seperti ada yang bergerak di dalam perutnya dan dia mengatakan itu kerana dia hamil. Dia menolak dikatakan lelaki tidak boleh hamil.

Dia lalu meminta istirahat dan menolak kerja berat selama enam bulan ini. Lelaki itu juga menolak makan, dan mual, dan suka sakit perut ketika pagi hari.

Ketika dibawa ke klinik dia baru mengaku pernah berhubungan seksual dengan lelaki homoseksual.

Setelah diperiksa, doktor menyatakan dia tidak mengalami apa-apa dan tidak hamil. Dia dinyatakan mengalami delusi.

"Kami belum pernah menemui kes seperti ini," kata doktor P N Suresh Kumar kepada akhbar the Times of India.

"Dia seorang homoseksual yang cukup aktif di masa remaja dan itu membuat dia yakin dia boleh hamil," kata doktor.

Pasukan doktor juga tidak menemui bukti dia mengalami halusinasi, depresi, atau kelainan identiti kelamin.

Doktor kemudian memberinya ubat untuk menghilangkan delusi. Setelah beberapa kali berkonsultasi dia akhirnya berhenti berhubungan seks dengan lelaki.

"Pesakit itu kini sudah dalam tahap pemulihan setelah rutin diperiksa," ujar doktor Kumar.
 Merdeka.com

No comments:

Post a Comment