Ia dibuat berikutan tuduhan Mohd Asri yang memfitnah pertubuhan itu membantah kemasukan Penceramah Dr Zakir Naik ke negara ini.
PETALING JAYA : Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)
mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perlis,
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
ASWAJA dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia dibuat berikutan
tuduhan Mohd Asri yang memfitnah pertubuhan itu membantah kemasukan
Penceramah Dr Zakir Naik ke negara ini.
“ASWAJA berasa jelik dengan taktik dan sikap Mufti Perlis, Datuk Dr
Asri Zainul Abidin yang berterusan bukan saja mencetuskan kontroversi,
malah, menimbulkan fitnah terhadap pertubuhan ini apabila ASWAJA
dikatakan menjadi penentang kepada kedatangan pendakwah bebas Dr Zakir
Naik ke negara ini.
“Sebagai seorang Mufti yang berakhlak, beliau sepatutnya menjaga
tutur kata dan mengemukakan bukti apabila melontarkan sebarang tuduhan.
Apatah lagi menyamakan ASWAJA yang memperjuangkan Islam dengan Hindraf.
“Di manakah akhlak seorang Mufti yang ‘suci’ ini apabila menyamakan
pertubuhan Islam dengan pertubuhan jelas ditunjangi bukan Islam. Apakah
ini Islam yang diamalkan Asri? Apakah Islam mengajar umatnya berkelakuan
sebegini apatah lagi dari seorang Mufti,” kata kenyataan itu.
ASWAJA turut meminta Dr Asri untuk mengemukakan bukti berhubung
sebarang bantahan yang dibuat pertubuhan itu terhadap Zakir untuk masuk
ke negara ini.
“Jangan melontarkan tuduhan tanpa mengemukakan bukti dan membawa
mulut tanpa menyelidiknya kerana itu adalah perbuatan orang yang fasik.
Kita sememangnya faham dengan permainan Mufti yang berlagak ‘suci’ dan
‘mulia’ini.
“Mengaitkan kedatangan Zakir Naik dengan ASWAJA adalah untuk
mengheret orang ramai membenci dan mengkritik ASWAJA tanpa hujung
pangkal. Sedangkan apa yang disebarkan oleh Mufti siber itu adalah
sekadar tuduhan serta tohmahan tanpa sebarang bukti dan asas kukuh.
“ASWAJA tidak terkesan dengan cara Asri dalam usaha memburukkan imej
ASWAJA. ASWAJA sememangnya faham dengan rentak Asri yang mengambil
kesempatan terhadap populariti Zakir Naik bagi memburukkan ASWAJA yang
sememangnya pertubuhan tidak disenangi Mufti Perlis itu,” katanya.
Pertubuhan itu dalam pada masa sama turut menggesa agar Mohd Asri
bertaubat dan berasa malu dengan kedudukannya sebagai Mufti sebelum
menyebarkan fitnah dan tuduhan.
“Ingatlah Allah sentiasa memerhati kita, jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan,” ujarnya.
Semalam, Mohd Asri menerusi Facebooknya mendakwa ASWAJA senada dengan
kumpulan hindu Hindraf apabila mempertikaikan kemasukan Zakir ke negara
ini.
Asri turut mendakwa bahawa ASWAJA mempertikai pegangan agama Zakir seiras dengan nada Hindraf.

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
ReplyDelete