Pihak polis telah mengarahkan penganjur dalam satu forum di Melaka
yang menampilkan pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik untuk
membatalkan acara itu atas alasan ia boleh mengganggu gugat ketenteraman
awam kerana berunsur sensiviti keagamaan.
Ketua Polis Negara,
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur acara
itu, pada asalnya dijadualkan pada 17 April ini di kampus Universiti
Teknikal Malaysia Melaka, telah dipanggil ke Bukit Aman.
"Kami akan memanggil penganjur forum berkenaan untuk mencadangkan agar ia tidak diteruskan.
"Pada
pandangan kami, apabila pendakwah membincangkan topik persamaan antara
agama Hindu dan Islam, (perbincangan) ini tidak boleh lari daripada
menyentuh kelemahan agama lain," katanya, sambil menambah bahawa
perbincangan itu tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada
masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Menurut poster
promosi majlis itu, Zakir dijadual berucap menyampaikan ceramah bertajuk
'Persamaan antara agama Hindu dan Islam'.
Zakir yang pernah
diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2012 kini di Terengganu
untuk menghadiri beberapa acara di bawah jemputan dari Menteri Besar,
Datuk Seri Mohamad Razif Ismail.
No comments:
Post a Comment