Thursday, April 28, 2016

Doktor buang 15kg tumor

Sinar Harian
Doktor buang 15kg tumor
Perut Zheng yang membesar seperti wanita mengandung‎.
SICHUAN - CHINA. Tidak mempunyai wang yang mencukupi membiayai pembedahan, seorang lelaki membiarkan tumor pada perutnya sehingga 12 tahun dan menyebabkan dia kini kelihatan seperti wanita mengandung.

‎Zheng Cheng, 33, menyedari penyakit ketumbuhannya itu sejak tahun 2004, namun hanya mendapatkan rawatan Jumaat lalu selepas tumornya itu membesar sehingga 15kg.
‎Menurut Zheng dia tidak mampu untuk membiayai pembedahan menyebabkan dia terpaksa 'menyimpan" tumornya sehingga lebih sedekad.

‎"Untuk pembedahan ini, saya terpaksa meminjam untuk membiayai pembedahan membuang tumor ini," katanya dipetik Mirror.uk.
‎Sementara itu, pakar bedah Hospital Tentera Chengdu, Dai Ruiwu berkata, pembedahan membuang ketumbuhan pada perut lelaki itu mengambil masa enam jam.

‎"Pembedahan tersebut sangat berisiko kerana memerlukan pakar dari tiga jabatan berasingan," katanya.
‎Zheng kini diletakkan di unit rawatan rapi untuk pemerhatian

No comments:

Post a Comment