Tindakan AMANAH meletakkan calonnya di kawasan PAS
bertanding pada PRN Sarawak merupakan petanda awal perkara sama akan
berulang pada PRU14.
PETALING JAYA: Tindakan Parti Amanah Negara (AMANAH) meletakkan
calonnya di kawasan PAS bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN)
Sarawak merupakan petanda awal perkara sama bakal berulang pada Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti
Islam itu sudah menjangkakan perkara berkenaan, kerana yakin isu
pertindihan kerusi tidak akan berlaku kepada AMANAH, DAP dan PKR.
“Kita sudah tahu AMANAH akan meletakkan calon di tempat PAS
bertanding. Ia adalah gambaran awal untuk berhadapan dengan pilihan raya
akan datang bahawa AMANAH akan bertanding di kawasan-kawasan PAS,”
ujarnya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Tambahnya, sikap PKR dan DAP yang sukar melepaskan kerusi ditandingi
kedua-dua parti itu pada PRN Sarawak adalah petanda AMANAH tidak
mempunyai pilihan, selain bertanding di kawasan PAS.
“PAN tidak akan bertembung dengan parti dalam Pakatan Harapan, kerana
mereka tidak akan beri kerusi (merujuk pertembungan kerusi DAP dan
PKR). Ia menjadi petanda bahawa tidak mudah untuk DAP dan PKR beri
kerusi kepada AMANAH,” ujar beliau lagi.
Calon AMANAH dan PAS akan bertembung di lima kerusi sama, iaitu di
Dewan Undangan Negeri Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan
Beting Maro.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, parti itu sudah bersiap sedia
dengan tindakan AMANAH meletakkan calon di kawasan PAS bertanding.
“Walaupun ada pertembungan dengan PAN, tapi kita tidak anggap ia sebagai isu besar,” katanya.
Apa nak risaukan parti nyamuk, jika PAS mempunyai kekuatan sendiri. Mungkin PAS juga kena faham bahawa Amanah bersama dengan PH dan PAS pula bersama dengan IKATAN. Sebagai kuasa ketiga sepatutnya PAS tidak seharusnya menyalahkan parti lain.
ReplyDelete