Salah seorang penguatkuasa menunjukkan tempat meletak bungkusan garam terdapat najis tikus dan kucing dalam operasi pagi tadi.
GEORGETOWN - Sebuah kilang kicap yang berusia 100 tahun diarahkan
menghentikan operasinya apabila didapati kotor dan menjalankan operasi
tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau
Pinang (MBPP), Ong Ah Teong berkata, pada mulanya kilang itu diserbu
bagi pemeriksaan operasi melepas asap berikutan pihaknya menerima aduan
dari penduduk sekitar berhubung perkara itu.
Menurutnya, penduduk yang tinggal di sekitar kilang yang terletak di
Jalan C Y Choy itu membuat aduan kerana tidak tahan dengan asap kayu
yang dilepaskan dari kilang berkenaan.
"Kita menerima aduan dari penduduk mengatakan kilang kicap ini
melepaskan asap kayu yang tebal setiap hari bermula jam 6 hingga 10
pagi. Ia menyebabkan penduduk di situ mengalami masalah pernafasan. Oleh
demikian, kita bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan
Pulau Pinang dan Bahagian Pelesenan MBPP membuat pemeriksaan di kilang
berkenaan.
"Kita mendapati memang benar kilang ini melepaskan asap tebal tidak
mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Oleh demikian, kita mengeluarkan
kompaun sebanyak RM100 kerana tidak menyediakan peralatan yang sesuai
untuk melepaskan asap.
"Selain itu, kita juga memberi notis selama dua minggu untuk pemilik kilang menukar atau menambah baik cara pelepasan asap bagi mengelakkan masalah kepada penduduk sekitar," katanya kepada media selepas pemeriksaan di kilang kicap berkenaan semalam.
"Selain itu, kita juga memberi notis selama dua minggu untuk pemilik kilang menukar atau menambah baik cara pelepasan asap bagi mengelakkan masalah kepada penduduk sekitar," katanya kepada media selepas pemeriksaan di kilang kicap berkenaan semalam.
Ah Teong berkata, selain kesalahan itu, kilang itu juga didapati gagal
memastikan persekitaran dan alat yang digunakan dalam keadaan bersih.
"Setelah diperiksa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, kita mendapati
kilang ini sangat kotor apabila sekitar tempat meletak bungkusan garam
didapati ada najis kucing dan tikus. Selain itu, kita juga menjumpai
lipas, najis tikus, lipas dan najis kucing di lantai kilang di mana
proses penghasilan kicap dijalankan.
"Sehubungan dengan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan
notis untuk menghentikan operasi bagi memastikan kilang kicap ini
benar-benar bersih. Kita akan membuat pemeriksaan susulan selama dua
minggu penutupan kilang ini bagi memastikan pemilik mengikut arahan
seperti yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
No comments:
Post a Comment