Friday, April 8, 2016

Pencuri Telan Cincin Hasil Curian, Terpaksa Jalani Pembedahan Kerongkong

8/4/16

 
via UPI.com .
CALIFORNIA - Seorang suspek pelaku pencurian, dipercayai menelan cincin kahwin yang dicurinya. Menurut anggota  polis  California, Amerika Syarikat, lelaki itu kini harus menjalani pembedahan demi mengeluarkan benda tersebut dari tubuhnya. 

Pencuri itu dikenali sebagai  Joel Steffensen. Dia ditangkap setelah melanggar pagar dekat lintasan rapid transit Bay Area ketika melarikan diri dari polis .

Berdasarkan berita yang dilansir laman UPI.com, Rabu (6/4/2016), petugas perubatan menemui sebuah benda mirip cincin kahwin tersangkut di kerongkongannya. Penemuan ini diperoleh dari pemeriksaan sinar x terhadap pelaku. 

"Kami tidak tahu apa yang dia fikirkan , atau bila dia menelan benda itu,' ungkap jurucakap polis Walnut Creek, California Lanny Edwards kepada Mercury News.
"Sungguh perbuatan yang tidak pintar," kata dia lagi.

Kemudian, diberitakan pasukan doktor berhasil mengangkat benda di kerongkongan Joel, yang kemudian dipastikan sebagai sebentuk cincin kahwin emas. 

  Sumber:KOMPAS.com
Editor : Glori K. Wadrianto

No comments:

Post a Comment