Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, 1MDB perlu dibubarkan, kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad mengakui
beliau tersilap menyatakan jumlah hutang yang ditanggung 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
“Laporan menyatakan ia bukan sekadar RM42 bilion, sebenarnya ialah
RM50 bilion…lebih banyak daripada (jumlah) itu, jadi saya silap
mengenainya, kerana saya nyatakan jumlah lebih kecil.
“Saya rasa RM50 bilion pun tidak betul, ia mungkin lebih banyak
lagi,” katanya selepas menghadiri dialog ‘Deklarasi Rakyat: Realiti atau
fantasi?’ yang berlangsung di rumah kelab Persatuan Alumni Universiti
Malaysia, petang tadi.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tuduhannya mengenai
pinjaman sebanyak RM42 bilion yang “hilang” daripada 1MDB adalah salah.
PAC menerusi laporan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan, 1MDB
tidak “menghilangkan” pinjaman sebanyak RM41.868 bilion yang
diperolehinya.
“Tunjukkan kepada saya mana RM42 bilion itu. Ia ada di sana dan sini, tetapi kami tak nampak pun,” cabarnya.
Dr Mahathir juga berpendapat, 1MDB perlu dibubarkan, kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat.
Pada masa sama, beliau menyuarakan rasa simpati terhadap Datuk
Shahrol Azral Ibrahim Halmi, susulan gesaan PAC supaya bekas Ketua
Pegawai Eksekutif 1MDB itu disiasat berhubung hutang sebanyak RM50
bilion yang ditanggung syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.
Ini kerana, jelasnya, Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang menubuhkan syarikat itu, bukannya Shahrol Azral.
“Sebarang perkara yang berlaku ke atas 1MDB beliau akan tahu, kerana
walaupun beliau ialah penasihat, sebenarnya tiada perkara yang boleh
dilakukan tanpa persetujuannya (Najib).
“Jadi, kenapa hukum lelaki ini (Shahrol Azral)?” soalnya.
Ditanya jika Najib perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku
ke atas 1MDB hari ini, beliau berkata: “Mestilah, dia yang buat.”
Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dikeluarkan PAC hari
ini mendapati, struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat
pelaburan strategik itu ‘kurang memuaskan’ yang menjurus kepada
kelemahan tadbir urus.
Hasil siasatan PAC turut mendapati, 1MDB bergantung kepada hutang
dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk sebagai modal syarikat, dengan
sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat
sokongan kerajaan.
Hasil siasatan PAC sejak 19 Mei tahun lepas mendapati, jumlah hutang
1MDB bermula pada tahap RM5 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM42
bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.
Pada Januari 2016, jumlah hutang itu mencecah RM50 bilion berbanding
aset RM53 bilion, dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion sebagai
pembayaran faedah untuk hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015
(anggaran yang belum diaudit).
Laporan itu turut mengesyorkan Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan bersama Artikel 117 dalam memorandum dan artikel syarikat itu

No comments:
Post a Comment