Malaysiakini 13/4/16
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini menyifatkan Timbalan
Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy sebagai bapa ‘syaitan dan iblis’ kerana
keberaniannya menghina agama Islam.
Menurut ketua wira NGO itu,
Irwan Fahmi Ideris, Ramasamy yang juga adalah timbalan ketua menteri
Pulau Pinang tidak sepatutnya menghina agama majoriti rakyat negara ini.
“Dia
(Ramasamy) itu siapa, iblis ke apa? Dia lebih kepada bapa syaitan dan
iblis, tak guna punya orang bila sanggup hina agama Islam.
“Siapa dia dan apa agama yang dianutinya sehingga sanggup menghina agama lain,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut
Irwan, meskipun Ramasamy kemudian memadamkan kenyataannya di Facebook
selepas menggelar pendakwah Islam kontroversi, Dr Zakir Naik sebagai
syaitan dan menyatakan kekesalannya sehari selepas itu, kelantangan
pemimpin DAP itu boleh mendatangkan huru-hara.
“Walaupun beliau
sudah meminta maaf akan tetapi kelantangan beliau itu boleh mendatangkan
huru-hara kepada negara dan saya tekankan perkara ini kepada IGP (Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ) kenapa tidak diambil tindakan
kepada orang sebegini?
“Jadi, saya minta ketegasan IGP dan polis (ambil tindakan),” katanya.
Ramasamy, Isnin lalu menerusi kenyataannya di Facebook menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.
Beliau
mendakwa Zakir hanya mahu menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam
di negara ini dan menggesa rakyat, khususunya pertubuhan India dan
agama Hindu supaya membuat laporan polis terhadap pendakwah itu.
Mengulas lanjut, Irwan berkata kecelupan Ramasamy yang boleh mengundang huru-hara kepada negara kerana kelantangan partinya itu.
“DAP begitu lantang sehinggakan Ramasamy berani menggelar Dr Zakir sebagai setan,” katanya.
Kita umat islam d malaysia tlh memberikan kebebasan ugama kpd golongan minoriti dengan luas dan kita umat islam d malaysia tidak pernah menyentuh hal keugamaan mrk.
ReplyDeleteMereka bebas melakukan apa saja ritual mereka,kita tidak pernah menindas mereka apatah lagi memerangi mereka.Umat islam dibeberapa negara yg menjadi minoriti contohnya d burma bukan sahaja tidak dpt menjalani ibadah bahkan d perangi dan d bunuh,sementara d beberapa negara lain pembunuhan keatas umat islam berlaku setiap masa.
Ramasamy bukan sahaja mesti meminta maaf secara lisan tetapi mesti meminta maaf secara terbuka d semua media masa.
Bagaimana golongan minoriti di malaysia ini begitu berani dan tlh banyak kali mencabar integriti umat islam d malaysia? Sedangkan kita selalu bertolak ansur dan berlembut keatas mereka dan menjaga keharmonian beragama!
Bagaimana pula kita sekiranya menjadi golongan minoriti kpd mereka ini?Mungkinkah kita akan menjadi kaum ronghinya spt d myanmar?
Sesuatu yg tegas harus d ambil ke atas mrk ini,
Isu menghina islam d malaysia bukan suatu yg baru,tlh banyak kali masjid dan surau d seluruh malaysia di sunnah cat,d baling mercun dan d letakkan daging dan kepala babi,Bagaimana alvin tan dan pasangannya sewenangnya menghina islam d malaysia?
Kita bertuah menjadi agama majoriti yg memberikan kebebasan kpd agama minoriti dgn penuh sikap tanggungjawab dan menjaga integriti beragama d malaysia.
BAGAIMANA PULA NASIB KITA,SEKIRANYA KITA MENJADI KAUM MINORITI ?