Wednesday, April 13, 2016

Gadis Cilik Meninggal Usai Tonton Filem Kartun “Anak-anak Boleh Terbang”

Selasa, 12 April 2016
 
AP/David Guttenfelder- Gadis 6 tahun jatuh dari sebuah kondominium

TOKYO   — Seorang gadis cilik di Jepun meninggal setelah selesai menonton kartun animasi tentang anak-anak yang boleh terbang.
Gadis malang itu tampaknya telah berusaha menggunakan kerusi untuk memanjat pagar balkoni setinggi satu meter di penthouse keluarganya di sebuah kondominium 43 ltingkat di Osaka.

Tidak diketahui pasti untuk apa gadis kecil itu memanjat pagar pembatas balkoni. Dipercayai dia terbawa halusinasi, mencuba berdiri di pagar untuk membayangkan boleh terbang seperti dalam filem animasi itu.
Ketika hendak memanjat pagar balkoni itulah, gadis 6 tahun itu tergelincir dan jatuh sehingga akhirnya meninggal.

Kejadian itu berlangsung setelah anak itu menonton filem animasi dari DVD yang mengisahkan anak-anak boleh terbang. Ia menonton bersama keluarganya, pada Ahad 10/4/2016  petang, ketika ayahnya menyedari bahawa anaknya telah menghilang.

Keluarga menemui gadis itu berdiri di puncak pagar di balkoni penthouse mereka. Ia memanjat pagar itu melalui sebuah jendela di kamar tidurnya. Tampaknya ia kemudian tergelincir dan jatuh.

Ia kemudian meninggal di rumah sakit akibat trauma fisikal yang parah.
Menurut polis , gadis cilik itu tampaknya telah menggunakan sebuah kerusi untuk memanjat pagar balkoni penthouse sebelum dia jatuh hingga akhirnya meninggal.

“Kami tidak mencurigai adanya pelanggaran pada ketika ini," kata seorang pegawai polis  di Abeno, sebuah area hunian di Osaka, tempat anak gadis itu bersama keluarganya tinggal.

"Kami menerima panggilan pada Ahad petang dari seorang lelaki yang menyaksikan jatuhnya gadis itu," kata anggota polis itu.
"Ini mungkin aneh kerana bukan keluarganya yang memanggil, tetapi seseorang di tanah yang menyaksikan tragedi itu. Segera setelah ia melihat anak itu, ia segera memanggil pihak keselamatan"

Polis  meminta agar nama gadis itu tidak disebut dalam berita untuk melindungi keluarganya.  Polis  juga menolak untuk mengaitkan kemungkinan terobsesi acara kartun yang menggambarkan anak-anak boleh terbang sebagai pemicu kematian anak gadis itu.  
Sumber:KOMPAS.com
Editor : Pascal S Bin Saju
Sumber: The Guardian

1 comment:

  1. http://explorereading.net/the-over-40-ab-solution-review/

    Hello, Looking for info about Shaun Hadsall’s The Over 40 Ab Solution Program Review. If do you want to learn more about The Over 40 Ab Solution Book. Download The Over 40 Ab Solution PDF now!

    http://thebonusbustersreviews.com/the-over-40-ab-solution-guide-review/

    ReplyDelete