Wednesday, April 13, 2016

Undi sokong siapa: 585 pilih 'Mahu Perubahan'

Shahidan Kassim
SHAH ALAM – Berdasarkan undian yang dijalankan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Facebooknya, seramai 585 pengikutnya memilih ‘Mahu Perubahan’.
Sementara itu, 172 lagi pengikut beliau memilih ‘Sokong BN’ dan 107 memilih ‘Sokong Pembangkang’ manakala 36 memilih ‘Lain-lain Pandangan’.

“Mohon maklum bahawa jumlah undian setakat 10.54 malam, 11 April 16. Jumlah keseluruhan ialah 900, jumlah komen 887. Terima kasih,” tulisnya.

Sebelum ini, beliau memuat naik status di akaun rasminya itu yang meminta pengikutnya membuat undian pada status berkenaan.
“Banyak kawan-kawan bilik sebelah mengemukakan undi fasal YAB Datuk Seri Najib (Tun Razak). Saya akan komen selepas ini. Saya ingin bertanya kawan-kawan dan pengikut saya.

“Sokong BN tulis 1, Sokong Pembangkang tulis 2, Mahu Perubahan tulis 3 dan Lain-lain pandangan tulis 4. Berilah pandangan ikhlas. Semoga ALLAH SWT memberkati,” katanya.

Pada status sama beliau memberitahu bahawa daripada 222 jumlah kerusi Parlimen, BN 134, DAP 37, PKR 29, PAS 13, Amanah 8.
Setakat ini undian itu masih berlangsung tanpa disebut tarikh akhir undian berkenaan.

No comments:

Post a Comment