Thursday, April 7, 2016

Seorang ibu nekat bunuh diri agar insurans membayar wang perubatan anaknya

7/4/16

Seorang ibu nekat bunuh diri agar asuransi bayar pengobatan anaknya
Ibu di China bunuh diri demi insurans. ©2016 Merdeka.com/shanghaiist
   Satu kisah pilu menimpa keluarga miskin di China. Ibu berusia 63 tahun rela mengakhiri hidupnya begitu saja demi mencairkan wang insurans.

Pihak keluarga, minta nama mereka dirahsiakan, baru menyedari beberapa hari setelah sang ibu bunuh diri, tujuan tindakan nekat itu ternyata agar anak lelakinya yang sakit parah memiliki ongkos membayar rumah sakit.

Menurut laporan surat khabar tempatan Dongguan yang dilansir dari laman nextshark, Khamis (7/4), cerita tragis ini terjadi di Provinsi Shenzhen. Sang ibu mengira, jika dia mati, maka keluarganya akan menerima santunan insurans senilai 300 ribu Yuan.

"Kau tenang saja, aku akan membantumu mendapat wang untuk pengubatan," kata sang anak lelaki, menirukan ucapan terakhir sang ibu yang kemudian naik ke atap rusun mereka. Ketika itu dia belum faham bahawa ibunya berniat mengakhiri hidup dengan alasan duit insurans. Wanita itu lompat dari tingkat sembilan, dan mati ditempat kejadian
 
Cerita bertambah pilu, setelah keluarga menyatakan insurans yang dimaksud sang ibu sebetulnya sudah tamat tempoh sejak November 2015. 

Kalaupun tidak tamat tarikh, perusahaan juga akan menolak pencairan klaim kerana bunuh diri. Artinya, usaha wanita tua itu mengorbankan dirinya sia-sia belaka.

Sang anak lelaki itu menderita penyakit Ankylosing Spondylitis, peradangan kronis tulang belakang dan sendi tulang. Sang anak telah merasakan keluhan sejak 2005, namun menahan diri hingga 10 tahun ke depan, sehingga kondisinya makin parah.

Sejak menderita penyakit ini, sang anak tidak boleh melanjutkan pekerjaan di restoran kerana harus dirawat intensif. Untuk menggerakkan leher saja dia kesukaran. Kewangan keluarga itu akhirnya morat-morit.

Cerita pilu keluarga yang tertimpa musibah berturut-turut ini banyak dibahas di pelbagai media China. Warga yang bersimpati akhirnya mengirim derma melalui Shenzen Charity Foundation. Yayasan ini bekerjasama dengan pihak Rumah Sakit Shenzen agar keluarga lelaki malang ini tak perlu membayar biaya  rawatan.
Sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment