Malaysiakini 18/4/16
Penamaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
sebagai pengganti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah
kesilapan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu
berkata, Ahmad Zahid tidak sesuai untuk menggantikan Najib kerana
beliau tidak popular dan ditolak oleh kebanyakan rakyat negara ini.
"Apabila
namanya disebut (tersilap) sebagai pengganti berpotensi Najib, orang
ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid.
"Zahid
beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya rasa Zahid
yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia tidak
berbuat apa-apa," ujar Mahathir dalam blognya hari ini.
Sebelum
ini, salah seorang panglima perang Mahathir, Datuk Seri Zaid Ibrahim,
menyebut bahawa Zahid mungkin menjadi pengganti Najib.
Zaid
mempertahankan kenyataan beliau dalam cubaan untuk mendapatkan sokongan
Umno dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berhasrat mahu mendesak
Najib berundur dari jawatannya.
No comments:
Post a Comment