Ia dikumpul ketika Dr Mahathir melakukan tinjauan mesra rakyat di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman malam tadi.
PETALING JAYA: Tidak sampai satu jam. kira-kira 2,000 orang
menandatangani Deklarasi Rakyat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan
tinjauan di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman malam tadi.
“Kami bersama-sama mengharungi lautan manusia di Pasar Malam Jalan
Tuanku Abdul Rahman. Tidak sampai satu jam, kami telah berjaya mengumpul
lebih 2,000 tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, tulis Pendebat Terbaik
Asia yang juga Presiden Kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman di akaun Instagram.
Turut bersama Dr Mahathir dalam tinjauan mesra rakyat bagi
mendapatkan sokongan Selamatkan Malaysia itu Timbalan Presiden PKR,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naik Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),
Dr Afif Bahardin dan bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mhafuz Omar.
Deklarasi Rakyat ditandatangani pemimpin UMNO dan pembangkang bagi
mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana
didakwa melakukan banyak kemusnahan kepada negara dari aspek ekonomi dan
pentadbiran.
Deklarasi itu ditandatangani pada 4 Mac lalu dan mensasarkan mengutip sejuta tandatangan.

No comments:
Post a Comment