Sinar Harian
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata,
empangan Beris berada pada paras 38.99 peratus manakala 93.73 meter atau
43 peratus bagi empangan Muda.
Bagaimanapun, dua lagi empangan utama iaitu Pedu dan Ahning masih
berada pada paras selamat iaitu 68.9 peratus (91.53 meter) dan 75.4
peratus (106.89 meter).
Justeru katanya, kegunaan bekalan air untuk domestik dan pertanian
adalah mencukupi, malah Kedah tidak berhasrat untuk melaksanakan catuan
air buat masa ini.
"Belum perlu catu penggunaan air di Kedah tapi kita minta orang ramai
bantu kita jangan bazir air takut dalam jangka masa panjang akan hadapi
masalah sama seperti negeri-negeri lain.
"Cuma setengah daripada empangan di Kedah Utara sudah dibuka ke
sungai-sungai untuk disalurkan ke bahagian selatan Kedah kerana banyak
kolam takungan berada di kawasan utara jadi kita dah buka aliran air itu
turun ke kawasan selatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Penyampaian
Bantuan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan penyampaian
Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) kepada sejumlah 150 penerima di Kampung
Tok Batin di sini hari ini.
Ditanya mengenai status bekalan air di Langkawi yang menerima bekalan
air 50 peratus dari Perlis, beliau berkata ketika ini Perlis masih lagi
belum membuat catuan air terhadap Langkawi.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya meminta hotel-hotel di Langkawi
yang menjadi tumpuan pelancong untuk membuat kawalan air dengan
mekanisme tertentu bagi membolehkan penggunaan air dapat diminimumkan.
"Bagi kawasan-kawasan di luar bandar yang mempunyai tekanan air rendah
kita juga minta Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk bantu penduduk
melalui kontraktor dilantik untuk agihkan air," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment