Malaysiakini 2/4/16
Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak melihat penyertaan bekas
anggotanya, Mejar (B) Zaidi Ahmad bersama DAP sebagai suatu
pengkhianatan kepada Islam.
Sebaliknya, Setiausaha Agung AMANAH
Mohd Anuar Tahir menyifatkan hasrat Zaidi menyertai DAP sebagai 'murni'
bagi menangani fitnah terhadap parti sekutunya itu.
"Dari apa yang
dijelaskan, penyertaan beliau bersama DAP adalah untuk menangani fitnah
yang terus dilemparkan terhadap DAP khususnya oleh Umno dan pihak-pihak
tertentu bahawa DAP adalah parti anti-Melayu Islam.
"AMANAH menganggap cita-cita tersebut sebagai cita-cita yang murni, kerana ingin membela pihak yang dizalimi dan difitnah.
Katanya, parti itu menyedari bahawa isu perkauman adalah senjata paling ampuh yang digunakan Umno.
"Maka keinginan Mejar Zaidi untuk mematahkan senjata ini difahami dan dikongsi bersama," katanya pada kenyataan media hari ini.
Menurutnya lagi, dengan pernyataan Zaidi ke dalam DAP, kedudukannya sebagai anggota AMANAH terbatal dengan sendirinya.
Sementara
itu, AMANAH turut mengucapkan terima kasih kepada Zaidi atas segala
sumbangan dan pengorbanan beliau terhadap parti itu.
"AMANAH mendoakan semoga beliau terus maju dalam usaha memperjuangkan keadilan dan kebajikan bagi rakyat melalui DAP.
"Keputusan
beliau untuk menyertai DAP adalah hak dan pilihan beliau sendiri.
Tindakan beliau tidak dilihat sebagai pengkhianatan terhadap Islam dan
tidak juga dianggap menyalahi akhlak Islam," kata Annuar.
DAP Pulau Pinang pada Sabtu lalu mengumumkan kemasukan Zaidi ke dalam parti itu
Zaidi,
yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang mula dikenali selepas
membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung
isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.
Beliau dipecat daripada tentera udara oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai PAS.
Beliau kemudian menyertai AMANAH tahun lepas selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS
No comments:
Post a Comment