Malaysiakini 30/4/16
Datuk Seri Azmin Ali berkata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan
Satem tidak menghormati kedudukannya sebagai menteri besar Selangor dan
Lim Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang.
Ia berikutan
kenyataan Adenan bahawa beliau bersedia mempertimbang untuk melanjutkan
tempoh kehadiran Azmin dan Lim di Sarawak hanya jika menerima permohonan
rasmi.
"Kenyataan ini amat dikesali dan menunjukkan sikap tidak
hormat terang-terangan Tan Sri Adenan Satem terhadap kedudukan menteri
besar dan ketua menteri.
"Saya maklum yang sekarang ini merupakan
musim pilihan raya. Maka dalam politik, seorang ketua perlu melakukan
apa-apa jua tindakan yang dibenarkan undang-undang bagi memastikan
kemenangan partinya.
"Namun, pendirian bongkak lagi angkuh Tan Sri
Adnan Satem ini melangkaui batas dan menzahirkan wajah sebenarnya
sebagai pemimpin yang menggunakan kuasa eksekutifnya secara melulu,"
kata Azmin dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu, Adenan dalam
kenyataannya hari ini sedia menimbangkan permintaan untuk melanjutkan
tempoh tinggal mereka di negeri ini sehingga berlangsungnya Pilihan Raya
Negeri Ke-11 (PRN-11).
Pejabat ketua menteri Sarawak dalam satu
kenyataan memaklumkan kesediaan Adenan mempertimbangkan perkara itu
sekiranya ada permohonan rasmi dibuat kedua-dua pemimpin pembangkang
itu.
Namun Azmin berkata tindakan menghalang atau memendekkan
tempoh kemasukan beliau dan pemimpin dari KEADILAN dan DAP tidak akan
menyucikan 'noda dan salahlaku' pemimpin-pemimpin BN.
"BN Sarawak
wajar menjauhi sikap hidung tinggi dalam menghalang dan mengekang
kemasukan ke negeri itu atas alasan mengekalkan autonomi.
"Rakyat
Sarawak layak melalui proses pilihan raya bersih dan adil. Justeru,
perkara ini meliputi hak mereka memilih sesiapa yang mereka percaya,
cara serta personaliti yang akan berkempen di sana - tanpa sebarang
halangan mahupun rintangan," tegasnya.
No comments:
Post a Comment