BOULDER – Seorang perempuan di Amerika
Syarikat dijatuhkan hukuman penjara selama 100 tahun setelah cuba
membunuh seorang ibu hamil dan janinnya yang masih dalam kandungan.
Dilaporkan, pelaku bernama Dynel Lane (25) melakukan kejahatan
tersebut pada March 2015 ketika memancing ibu hamil bernama Michelle
Wilkins ke rumahnya. Ia dilaporkan berniat mengambil janin dari Wilkins
itu.
Ketika sampai di rumah Lane, ia langsung mencekik, memukul , dan
menusuk Wilkins (27) sebelum mencuri janin dari kandungan mangsa. Namun
kerana dikeluarkan secara paksa, janin malang tersebut
meninggal dunia.
Pada Februari 2016, mahkamah menyatakan Lane bersalah atas
percubaan pembunuhan dan menggugurkan kandungan. Namun baru pada Jumaat
19 April 2016, Lane dijatuhi hukuman maksima , yaitu 100 tahun mendekam
di jeriji besi.
Sebagaimana dilansir Xinhua, Sabtu
(30/4/2016), Wilkins yang selamat dari serangan tersebut mengatakan
kepada juri dan hakim di Mahkamah District Boulder, Colorado, bahawa
pelaku hidup dalam fantasi yang bersifat narsistik.
Pendakwa tidak mendakwa pelaku dengan pembunuhan kerana Wilkins selamat
dan janinnya meninggal ketika berada di dalam rahim, bukan di dalam
tubuhnya. Penangkapan dari tersangka dipicu ketika Lane datang ke rumah
sakit dengan membawa janin dan mengatakan bahawa ia mengalami keguguran.
Namun kerana para doktor tidak percaya, mereka langsung menghubungi polis dan tidak lama kemudian Lane ditangkap oleh polis .
No comments:
Post a Comment