Malaysiakini 01/05/16
Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana nasibnya selepas ini ketika
ada pihak dikatakan cuba mengemukakan usul untuk memecat beliau daripada
Umno.
"Ada orang usulkan nama saya untuk dipecat dan saya pun tak tahu apa nasib saya selepas ini," kata Muhyiddin.
Bekas
timbalan perdana menteri itu berkata demikian ketika menjawab soalan
salah seorang peserta Dialog generasi muda: Integriti dan masa depan di
Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
Menteri
Pelancongan yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri
Aziz kelmarin berkata beliau berhasrat untuk mengemukakan usul pemecatan
Muhyiddin dan Mukhriz daripada Umno pada mesyuarat parti itu akan
datang yang dijadualkan selepas pilihan raya negeri Sarawak Ke-11.
Dalam
pada itu, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam reaksi
balasnya berkata, anggota MT Umno berhak menyuarakan pandangan dan
mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz.
Ab Rauf
berkata, pandangan berkenaan juga selaras dengan rasa hormat ahli-ahli
MT terhadap kepimpinan institusi Umno yang menerima pelbagai tohmahan
dan fitnah yang menjejas reputasi parti itu.
Sementara itu,
Muhyiddin ketika diminta mengulas pilihan raya negeri Sarawak, ahli
Parlimen Pagoh itu berkata, beliau tidak mahu bercakap langsung
mengenainya.
"Saya tak mahu bercakap langsung," katanya ringkas sebelum berlalu pergi meninggal media.
Kempen pilihan raya negeri Sarawak masuk hari ketujuh hari ini.
Baki kempen kini tinggal enam hari lagi sebelum pengundian 7 Mei ini.
Pada pilihan raya negeri kali ini sebanyak 82 kerusi DUN dipertandingkan termasuk 11 kerusi baru.
BN menang tanpa bertanding di dua kerusi pada hari penamaan calon 25 April lalu.
No comments:
Post a Comment