Pencapaian parti pembangkang mungkin lebih baik sekiranya parti-parti pembangkang tidak berpecah sebaliknya bersatu hati.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan PAS kembali bersama DAP dan PKR
sebagai satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
Menurutnya, parti pembangkang juga perlu bermuhasabah diri atas
kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebagai indikasi
rakyat Sarawak yang menolak parti pembangkang kerana pertelingkahan
antara mereka.
“Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PAS haruslah terus mara bersama PKR
dan DAP. Kita perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi
PRU-14 sebagai satu pasukan,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.
Ujar beliau lagi, pencapaian parti pembangkang mungkin lebih baik
sekiranya parti-parti pembangkang tidak berpecah sebaliknya bersatu
hati.
“Pencapaian kita mungkin lebih baik jika sejak awal lagi kita bersatu hati dan bekerjasama seperti kelaziman kita.
“Kita harus akur yang rakan-rakan sekutu kita akan terus berbeza
pendapat dalam isu tertentu pada masa hadapan namun keyakinan yang
didorong semangat kebersamaan selama ini akan terus membantu kita
melangkaui perbezaan ini,” katanya lagi.
Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional (BN)
mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi
Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa
bertanding.
DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi
daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga
daripada 41 kerusi yang ditandingi. PAS dan Amanah tewas di semua kerusi
yang ditandingi.
PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi bersama pakatan pembangkang.
Beberapa bekas pemimpin kanan PAS turut menubuhkan Amanah dan
bekerjasama dengan DAP dan PKR, manakala PAS pula menubuhkan satu lagi
pakatan pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)
No comments:
Post a Comment