CHARLOTTE – Satu ruas jalan tol di Charlotte,
Carolina Utara, Amerika Syarikat , ditutup untuk sementara waktu kerana sebuah truk menumpahkan 23 ribu kilogram (kg) kentang ke
jalanan.
Insiden tersebut terjadi di jalur 77 pada Jumaat 6 Mei 2016 pagi waktu
setempat. Ruas jalan tersebut baru dibuka beberapa jam setelah mereka
berhasil menyingkirkan ribuan kilogram kentang itu dari jalanan.
Seperti dimuat UPI,
Sabtu (7/5/2016), sang pemandu mengaku mengantuk hingga tertidur ketika
sedang memandu truk. Ia menyatakan takut menepikan kenderaan kerana
mendengar anggota polis Carolina Utara menangkap pemandu truk lain
yang sedang tertidur di pinggir jalan tol.
Akibatnya, truk tersebut hancur dan bahan bakarnya tumpah ke jalan.
Petugas Patroli Jalan Tol, John Burgin, mengatakan bahawa pemandu itu
tidak menderita luka serius. Namun, dia akan dijatuhkan hukuman kerana
gagal mengawal kenderaannya.
Sementara ratusan kilogram kentang yang tidak terkontaminasi oleh petugas kebersihan akan disumbangkan ke sebuah yayasan amal.
Sumber: Okezone.com
No comments:
Post a Comment