Tetapi jumlah undi yang diperoleh PAS di Beting Maro lebih baik berbanding AMANAH, kata Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili.
PETALING JAYA: PAS mengangkat tangan lebih awal sebelum keputusan
rasmi diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kerusi-kerusi yang
ditandingi parti Islam itu.
“Semua kerusi kalah,” kata Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili kepada pemberita melalui WhatsApp.
11 kerusi yang ditandingi ialah Samalaju (PAS, DAP dan BN), Lambir
(PAS, PKR dan BN), Pujut (PAS, DAP, BN dan BEBAS), Samariang (PAS, BN
dan AMANAH), Muara Tuang (PAS, BN dan AMANAH), Sadong Jaya (PAS, BN,
AMANAH dan BEBAS), Sebuyau (PAS, BN dan AMANAH), Beting Maro (PAS, BN
dan AMANAH), Kakus (PAS, PKR dan BN), Jepak (PAS, PKR, BN dan BEBAS),
Pantai Damai (PAS dan BN).
Dihubungi FMT, Muhtar berkata pengumuman itu adalah berdasarkan kepada keputusan tidak rasmi yang diterima PAS.
Meskipun tewas, PAS bersukacita dengan prestasi di Beting Maro; PAS
memperoleh 3052 undi, mengikut rapat 4750 undi yang diperoleh BN.
Pencabar ketiga, AMANAH memperoleh 100 undi.
“Beting Maro walaupun PAS kalah, namun jumlah undi yang diterima PAS
meningkat daripada 2,678 undi (2011) kepada 3,052 undi,” jelas beliau.
Muhtar berkata PAS sukacita dapat memberi saingan sengit kepada
pemerintah, bahkan jumlah undi yang diterima adalah lebih baik
berbanding AMANAH.
Mengulas peratusan keluar undi yang rendah pada pilihan raya kali
ini, Muhtar secara peribadi berkata rakyat Sarawak secara umumnya telah
menerima dan selesa dengan pemerintahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri
Adenan Satem.
“Rakyat melihat kalau tidak keluar mengundi pun tidak ada apa-apa yang berubah,” katanya.
FMT
No comments:
Post a Comment