Saturday, May 7, 2016

Banglo: SPRM selesai soal siasat Betty

 FMT| May 6, 2016
Ketua Menteri Pulau Pinang dan isteri disoal siasat selama tujuh jam di ibu pejabat SPRM negeri
Betty Chew
GEORGE TOWN: Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menyoal siasat isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew berkenaan pembelian banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta tahun lalu.

Peguam kanan Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo berkata SPRM dijangka menyambung soal siasat Guan Eng pada esok hari.
“Siasatan keatas Puan Betty Chew telah selesai dan dijangka esok Guan Eng akan disoal pada jam 10 pagi.
“Siasatan berjalan lancar,” kata Gobind ketika ditemui di luar ibu pejabat SPRM negeri, di sini hari ini.

Terdahulu, Guan Eng dan Betty disoal siasat selama tujuh jam oleh pegawai SPRM dengan ditemani masing-masing, RSN Rayer dan Ramkarpal Singh Deo.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya menimbulkan isu pembelian banglo RM2.8 juta di Dewan Rakyat Mac lepas.

Beliau mendakwa Guan Eng telah membeli banglo itu daripada seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon di bawah harga pasaran, sedangkan hartanah sekitarnya dianggarkan bernilai antara RM6 juta dan RM6.5 juta.

Guan Eng menafikan sebarang salahlaku dalam pembelian banglo itu kerana harga ditetapkan atas dasar rela hati.
Phang kemudiannya dikaitkan kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd, sebuah syarikat yang telah membeli sebidang tanah di Taman Manggis daripada kerajaan negeri pada RM11.5 juta.

Phang dalam akuan berkanunnya menafikan sebarang kaitan dengan pembelian tanah Taman Manggis dan syarikat yang memiliki tanah itu.

No comments:

Post a Comment