Kabinet akan membincangkan cadangan waktu rehat makan
tengah hari di jabatan kerajaan dikurangkan kepada 30 minit pada bulan
Ramadan.
BATU PAHAT: Putrajaya akan mempertimbangkan cadangan mengurangkan
waktu rehat makan tengah hari kepada 30 minit sepanjang Ramadan bagi
membolehkan kakitangannya yang beragama Islam pulang ke rumah lebih awal
untuk menyediakan persiapan berbuka puasa.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata beliau akan
membawa cadangan itu kepada Kabinet untuk dipertimbangkan dan ia hanya
dikuatkuasakan pada bulan puasa.
“Jika cadangan itu diterima, waktu rehat makan tengah hari di jabatan
kerajaan persekutuan, agensi dan jabatan kerajaan ialah 30 minitpada
bulan puasa, bukan sejam,” katanya.
The Star Online melaporkan Ali yang juga pro canselor Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia berkata operasi di semua pejabat kerajaan tidak
akan terjejas susulan langkah yang diambil itu.
Katanya, Putrajaya selama ini mengamalkan tiga waktu bekerja yang
fleksibel di mana kakitangannya boleh memilih waktu kerja masing-masing.
No comments:
Post a Comment