6/5/16
Linangan air mata bercurahan apabila jenazah Timbalan Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon diterbangkan ke
Ibu Pejabat Polis Kontigen Sarawak di Kuching, petang ini.
Antara yang hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan. Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang begitu sebak.
"Saya
hadir untuk menghantarnya pulang. Saya perlu ada di sini untuk
berjumpanya, saya perlu memastikan dia kembali kepada keluarganya,"
katanya sambil mengesat air mata.
"Kami dapat berita pagi ini, jadi banyak air mata sudah mencurah.
"Sepanjang
malam tadi, kami berdoa agar mereka mendarat dengan selamat. Saya
sentiasa terbayangkan nahas itu dan berharap agar mereka selamat,"
katanya.
Walaupun tidak mempunyai pertalian, Rohani dan Noriah ternyata amat rapat dengan merujuknya sebagai "adik".
Noriah
adalah antara enam orang yang berada dalam helikopter jenis AS350
Eurocopter yang hilang sejak petang semalam ketika dalam perjalanan ke
Kuching dari Betong.
Turut berada dalam helikopter itu adalah suaminya, Asmuni Abdullah.
Ketika
anggota polis dan tentera memindahkan jenazah Noriah - yang dipindahkan
ke bilik jenazah polis - ramai yang hadir mengalirkan air mata.
Ini termasuk rakannya dan juga orang kenamaan.
Sementara
itu, ahli keluarga Noriah terdiri daripada dua anak lelaki dan seorang
menantu perempuan serta keluarga kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang
juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad
Khair-il Anuar Wan Ahmad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
(LAK) pada pukul 3.15 petang.
Mereka yang dibawa ke bilik kenamaan
di LAK disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis.
Pada
kejadian jam 5 petang semalam, helikopter sewa khas jenis Eurocopter
AS350 Écureuil dengan nombor pendaftaran RP-C 6828, terputus hubungan
dengan menara kawalan pada jam 4.32 petang dan tidak dapat dikesan.
Ini
berlaku tidak lama selepas helikopter yang membawa rombongan kenamaan
itu yang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching berlepas dari Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, Betong dengan lokasi terakhir dikesan
di Triso, Sebuyau.
Turut
menaiki helikopter tersebut ialah KSU kementerian perusahaan
perladangan dan komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal
peribadi Noriah, Ahmad Sobri.
Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.
No comments:
Post a Comment