9/5/16
Hanya PAS pusat yang boleh membuat keputusan sama ada mahu menerima
pelawaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali untuk parti itu
menyertai Pakatan Harapan atau tidak, kata Pesuruhjaya PAS Naib Presiden
PAS, Datuk Iskandar Samad.
Beliau yang juga pesuruhjaya PAS
Selangor berkata demikian sebagai mengulas pelawaan PKR untuk PAS
bersamanya dan DAP sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi
pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Keputusan (ajakan Azmin) seperti
itu hanya boleh dibuat oleh PAS pusat. PAS Selangor tidak boleh membuat
keputusan tersebut," kata exco kerajaan Selangor itu kepada
Malaysiakini.
Azmin yang juga menteri besar Selangor dalam satu
kenyataan berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas
kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak kelmarin yang
jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama
mereka.
Oleh itu, bagi memastikan hasrat pakatan pembangkang untuk
merubah masa depan Malaysia, PKR mengajak PAS untuk kembali bersamanya
dan DAP.
Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional
(BN) mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi
Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa
bertanding.
DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang
di tujuh daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang
tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. PAS dan AMANAH tewas di semua
kerusi yang ditandingi.
PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi bersama pakatan pembangkang.
Beberapa
bekas pemimpin kanan PAS kemudiannya menubuhkan parti AMANAH dan
bekerjasama dengan DAP dan PKR, manakala PAS pula menubuhkan satu lagi
pakatan pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
No comments:
Post a Comment