Saturday, May 21, 2016

P'jaya PAS S'gor berkeras Sg Besar kerusi tradisi parti itu

21/5/16

Keputusan PAS untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa, kata PAS Selangor hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana PAS secara tradisinya bertanding di kerusi itu dan kini memberi tumpuan untuk merampasnya dari BN.
Katanya, Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS, maka keputusan parti itu untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.

Kami yakin PAS mempunyai peluang yang cerah pada PRK ini kerana terdapat pelbagai isu tempatan dan nasional akibat dari kebobrokan pentadbiran BN," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian di Shah Alam selepas melancarkan kempen pemuliharaan air di negeri itu untuk projek perumahan awam kos rendah.

Walaupun PAS masih belum mengumumkan calonnya bagi kerusi itu, Iskandar berkata PAS Selangor telah menggerakkan jenteranya dari seluruh Selangor dan negeri lain.

"Saya yakin jentera dan ahli -ahli PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK ini dan tidak akan melayani isu-isu yang bertujuan untuk mengganggu tumpuan ini (untuk menang)," kata ADUN Chempaka itu.
Beberapa pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mengumumkan bahawa parti itu akan meneruskan keputusannya untuk meletakkan calonnya dalam dalam PRK Sungai Besar serta Kuala Kangsar.

Ini walaupun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri desakan Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa "rundingan" untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN, boleh diteruskan sehingga hari pencalonan hari pada 5 Jun.
Ketika diminta komennya, Iskandar hanya berkata, "Saya tidak tahu... Anda kena tanya pada pemimpin pusat."

Dalam Pakatan Harapan, parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara telah menyatakan hasratnya untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut, atas alasan ia mempunyai hak ke atas kerusi it yang sebelum ini ditandingi oleh PAS apabila mereka menjadi sebahagian daripada bekas gabungan Pakatan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 5 Jun untuk hari penamaan pencalonan dan pengundian pada 18 Jun.
Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerusi kosong ekorannya penyandangnya terkorban dalam nahas helikopter semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment