9/5/16
PKR akan menentukan sama ada pihaknya akan mengambil tindakan
undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak berhubung sekatan
kemasukan pemimpin parti itu esok.
Mengesahkan perkara itu, Naib
Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, hal tersebut akan dibincangkan
semasa mesyuarat biro politik parti itu malam esok.
“Keutamaan akan terus kepada calon-calon tempatan kami dan kehidupan seterus mereka berbanding maruah kami yang dicalar.
“Kami mahu mereka menerima sepenuhnya kehadiran kami dan menyokong semasa berkempen,” beliau memberitahu Malaysiakini.
Ahli
Parlimen Lembah Pantai itu adalah antara pemimpin pembangkang yang
dilarang memasuki Sarawak semasa tempoh kempen pilihan raya negeri Sabtu
lalu.
Nurul Izzah tetap dihalang walaupun selepas beliau menulis
surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meminta
beliau dan ibunya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk meminta
secara baik.
Lebih 40 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik dihalang memasuki Sarawak ketika tempoh tersebut.
Terdahulu,
Timbalan Ketua Pemuda PKR Sarawak, Simon Siah dilaporkan akan
mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak
atas halangan kemasukan tersebut.
Siah, yang merupakan sebahagian
daripada biro perundangan PKR negeri berkata, pihaknya akan menunggu
sehingga pilihan raya selesai untuk berbuat demikian
No comments:
Post a Comment