4 Mei 2016
Sinar Harian
SHAH ALAM – Pengumuman pemberian dana dan kelulusan projek bagi
kemudahan masyarakat oleh para pemimpin menjelang pilihan raya adalah
tidak salah, kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa,
Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri
Shuib.
Menurut beliau, langkah berkenaan baik bagi pembangunan komuniti rakyat
serta memberi manfaat dan impak yang besar kepada kemajuan sesebuah
kawasan.
“Cumanya, apa yang salah adalah jika kelulusan sesuatu projek dan dana
yang diumumkan oleh pemimpin kerajaan itu hanya memberi manfaat kepada
segelintir kumpulan sahaja.
“Namun jika pengumuman itu berkaitan dengan manfaat rakyat dan
memberikan impak pada kemajuan kawasan, apa salahnya?” katanya ketika
dihubungi Sinar Online hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas persoal Najib luluskan projek]
Sebelum ini, Pas turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan kerana meluluskan projek
‘serta-merta’ tanpa menyemak bajet bersempena dengan Pilihan Raya
Negeri (PRN) Sarawak.
Dalam pada itu, Md Shukri berkata, pemimpin parti lain juga boleh
membantu rakyat dan membuat pengumuman berhubung sebarang pemberian yang
dapat mereka berikan kepada masyarakat selepas ini.
“Bersaing memberikan pembangunan dan bantuan pada rakyat merupakan satu
persaingan sihat dan wajar diteruskan. Pilihan raya adalah musim
memberi bantuan kebajikan pada rakyat, dan ia tidak salah,”katanya.
Selain itu, Md Shukri memaklumkan bahawa undian adalah merupakan hak
pengundi untuk memilih dan soal pemberian bantuan serta sumbangan
merupakan hak setiap pemimpin masing-masing.
Namun begitu, Md Shukri berkata para pemimpin tidak boleh mensyaratkan
serta memaksa pengundi untuk memilih mereka kerana ia merupakan satu
paksaan.
“Bagi saya kita sudah matang dan rakyat pun sudah faham. Apa yang nak
dirisaukan mengenai soal kelulusan projek dan bantuan ini kerana kalah
atau menang sesebuah parti itu adalah hak rakyat untuk memilih dan
bukannya projek sebagai penentu.
“Memang tugas kerajaan dan Perdana Menteri untuk sediakan segala
peruntukan kemajuan dan pembangunan, jangan campur urusan dan kerja
mereka.
“Biarkan mereka memberi. Yang penting pantau adakah benar projek atau bantuan itu sampai ke sasaran yang betul,”katanya.
Pensyarah bangang
ReplyDeleteTu namanya rasuah politik
Sepatutnya dalam masa berkempen tiada apa2 projek boleh dijanjikan atau ditandatangani, pada ketika itu kerajaan lompang, tiada kerajaan, hantu dan setan aje yg memandai2 lulus dan janjikan projek pada ketika itu
Macamana orang tak cerdik boleh jadi pensyarah?
Apa jadi pada anak muda yg diajar oleh pensyarah seperti dia?
Kesian kpd UUM yg ada Pensyarah Kanan yg ada akai dan pemikiran yg mcm orang tak sekolah. Pembangunan perlu ada perancangan yg komprehensif dan dimaklumkan kpd rakyat bukan kerana pilihan raya tapi kerana kepentingan rakyat. Projek yg diumumkan untuk pilihanraya adalah ritorik semata2 dan menunjukan pemerintah tidak melaksanakan amanahnya. Dalam keadaan keranaan yg sudah kekeringan ongkos boleh umum projek2 melion dan belion u tuk menipu rakyat. Apakah Pensyarah Kanan UUM selesa dg amalan kerajaan sekarang yg sentiasa menipu? Jgn menjatuhkan maruah diri dan tempat cari makan demi untuk kepentingan diri. Macam mana UUM boleh beri Pensyarah Kanan bagi pensyarah yg dianggap bijak tapi rupa2nya tak berakai.
ReplyDelete