Sunday, June 26, 2016

Kerajaan PP kenal pasti tanah kerjaan persekutuan bina PPR

FMT/June 26, 2016
Jagdeep Singh Deo berkata perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Keputusan Majlis Perumahan Negara negeri.
jagdeep_singh_deo
GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang sedang mengenal pasti beberapa bidang tanah yang boleh digunakan untuk membina unit perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) oleh kerajaan persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Keputusan Majlis Perumahan Negara negeri.

“Diharapkan sebaik sahaja pemerolehan tanah untuk tujuan tersebut dimaklumkan kepada kerajaan persekutuan, kerajaan persekutuan akan menepati janjinya untuk kepentingan rakyat termasuk di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan untuk membina perumahan PPR.

“Kerajaan negeri sudah pun mempunyai pelbagai projek perumahan mampu milik dari harga RM42,000 sehingga RM300,000 iaitu sebanyak 22,512 unit setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Jagdeep Singh berkata satu arahan atau dasar baharu daripada Bank Negara Malaysia (BNM) perlu digubal untuk melonggarkan syarat pinjaman yang begitu ketat oleh bank-bank komersial kepada pemohon dalam kategori
berpendapatan rendah.

Beliau berkata ini termasuk antara lain pemberian pinjaman sehingga 100 peratus, memanjangkan tempoh pembayaran balik pinjaman, pengenalan semula Skim Pemaju Tanggung Faedah dan membenarkan pembayaran balik pinjaman mengikut
kemampuan pembayar.

Beliau berkata dalam siri perbincangan dengan pihak BNM pada awal tahun lepas dimaklumkan bahawa kadar penolakan pinjaman bank untuk kategori itu mencecah 60 peratus.
-Bernama

No comments:

Post a Comment