Saturday, June 25, 2016

PAS tuduh Azmin punca kalah PRK

 | June 24, 2016
PAS merasakan dikhianati menteri besar Selangor itu meskipun mempunyai hubungan baik dengannya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
PETALING JAYA: Sokongan terbuka Datuk Seri Azmin Ali kepada calon Amanah merupakan punca kekalahan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini, kata Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, PAS merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan menteri besar Selangor itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.
Katanya, PAS tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.

Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku,” kata Azmin.

No comments:

Post a Comment