Ketua penerangan Pemuda PKR mendakwa Datuk Hasan
Arifin membeli tanah di bawah harga pasaran sebelum menjualnya semula
lima kali ganda nilainya.
PETALING
JAYA: Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung mendesak Pengerusi
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin mengambil
cuti jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan
siasatan terhadapnya berhubung satu urus niaga tanah.
“Ia bagi melindungi integriti PAC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mendesak Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed
untuk memberi keutamaan kepada kes itu sebelum tempoh perkhidmatannya
tamat pada Ogos.
“Ada orang dapat faedah daripadanya (penjualan tanah). Apa yang betul
daripada segi undang-undang tidak semestinya benar secara etikanya.
“Ia mungkin dibuat mengikut undang-undang, tetapi secara moralnya ia
mungkin tertakluk kepada rasuah,” katanya kepada FMT ketika mengulas
lanjut kenyataannya.
Minggu lalu, Chean Chung mendakwa Hasan membeli sebidang tanah dengan
harga bawah paras pasaran dan kemudian menjualnya kepada pembeli bukan
Bumiputera.
Beliau mendakwa Hasan membeli tanah milik persendirian itu pada 2002
dengan RM76,499, walaupun nilai tanah berkenaan pada masa itu, menurut
penilaian duti setem ialah RM213,000.
Beliau turut mendakwa Hasan ketika membeli tanah itu pada 2002 memegang jawatan sebagai timbalan menteri besar Pahang.
“Jelas beliau membeli tanah itu di bawah harga pasaran dan wujud konflik kepentingan dalam pembelian berkenaan.
“Tanah itu kemudian dijual pada harga lima kali ganda lebih tinggi
daripada harga beli. Maka, keuntungan jualan itu ialah RM321,184.02,”
katanya.
No comments:
Post a Comment