Thursday, June 30, 2016

Terowong: LGE alu-alukan siasatan ketua audit

 FMT| June 29, 2016
Ketua Menteri mengalu-alukan siasatan Ketua Audit Negara keatas projek terowong dasar laut dan tiga jalanraya berkembar.
lim-guan-eng_penang_trowong_600
GEORGE TOWN: Ketua Audit Negara dialu-alukan untuk menyiasat projek terowong dasar laut dan tiga jalanraya berkembar, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata kerajaan Pulau Pinang tidak menyembunyikan apa-apa salahlaku dalam projek prasarana terbesar di negeri itu setakat ini.

“Umumnya semua urusan negeri diaudit oleh Ketua Audit Negara.
“Kita tiada bantahan sekiranya mereka mahu audit projek kita,” kata Guan Eng kepada pemberita dalam sidang media di Komtar har ini.

Beliau menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasat projek ini selepas dilaporkan oleh seterunya, “maka kalau audit mahu datang, kami tiada masalah”.
Semalam, Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng mencabar kerajaan negeri supaya mengizinkan Ketua Audit Negara mengaudit projek RM6.3 bilion itu.

Projek itu melibatkan terowong dasar laut George Town-Butterworth sepanjang 7.2km; jalan berkembar Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 12km; pintasan Lebuhraya Lim Chong Eu (LCE) – Air Itam sepanjang 5km; dan pintasan Jalan Pangkor-Jalan Gurney-LCE sepanjang 4.2km

No comments:

Post a Comment