Tuesday, July 19, 2016

AMANAH ajak Tuan Ibrahim tinggalkan PAS

18/7/16

Sudah tiba masanya, bagi Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan sahabatnya termasuk naib presidennya Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan parti itu.

Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad selepas mereka bersikap berbeza dan PAS tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai ‘rahmatal-lil-’aalamin.

"Pilihlah dari parti-parti yang ada di dalam Pakatan Harapan sebagai wadah baharu tuan-tuan untuk meneruskan perjuangan selama ini. Yang penting adalah risalah dan perjuangan, bukan jemaah.
“Tidak semestinya Tuan Ibrahim dan rakan-rakan bersama AMANAH. Jika difikirkan bahawa AMANAH tidak sesuai dan mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu, itu terpulang kepada pernilaian mereka.

“Kami tidak pernah mendakwa hanya AMANAH yang mampu membawa perjuangan Islam atau hanya kami sahaja Islam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini Tuan Ibrahim menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Mengulas tawaran “gencatan senjata” itu, Khalid berkata beliau percaya ia datang daripada keikhlasan Tuan Ibrahim dan bukannya bersifat politik untuk menggambarkan PAS adalah terbuka.
“Ia tawaran ikhlas demi menjatuhkan Umno/BN, demi membebaskan negara dan umat Islam dan bangsa Melayu dari terus dikongkong dan dirosakkan.
“Malangnya PAS tidak lagi berminat untuk menjatuhkan Umno/BN,” katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata kebersamaan Tuan Ibrahim dan rakan-rakan dengan PAS akan menyebabkan sebahagian ahli dan penyokong PAS yang sudah sedar akan perubahan ini terus kekal bersama PAS.

Sedangkan, katanya, pandangan timbalan presiden PAS dan rakan-rakannya tidak lagi mewakili pendirian parti.
“Implikasinya Umno/BN mungkin menang besar dalam PRU akan datang kerana PAS akan bertanding 3 penjuru di semua kerusi demi memenangkan Umno/BN.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976

    ReplyDelete