Sunday, July 17, 2016

Amzad berfikiran sempit – Kamarul Bahrin

 FMT| July 16, 2016
Pemimpin PAS Terengganu sepatutnya patuh kepada seruan timbalan presiden, untuk berhenti menyerang sesama pembangkang.
PETALING JAYA: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membidas kenyataan Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yang melabel Pengerusi AMANAH Terengganu sebagai individu yang suka mencari publisiti berbanding menjaga kebajikan awam.

Raja Kamarul berpendapat Amzad seorang yang berfikiran sempit membuat dakwaan tersebut hanya kerana beliau menghadiri majlis kesyukuran peniaga stesen bas Kuala Terengganu bersama Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
“Ini sangat menghairankan ramai pihak kerana PAS yang didakwa sebagai parti yang berdisiplin nampaknya tidak mengambil berat kenyataan timbalan presiden (Tuan Ibrahim).

Katanya, tujuan beliau menghadiri majlis itu pun selepas dijemput pihak peniaga stesen bas yang bersyukur dengan ubah suai-rombakan stesen bas telah di batalkan.
“Saya sebagai Ahli Parlimen menulis surat bantahan kepada pihak berkuasa.

“Sebagai wakil rakyat adalah untuk meraikan kemenangan rakyat iaitu peniaga-peniaga yang berjaya menyelamatkan bangunan stesen bas dan perniagaan mereka. Yang di raikan adalah kemenangan rakyat. Bukan kemenangan kerajaan atau pembangkang,” jawab Raja Kamarul yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu dalam kenyataan kepada FMT.

Justeru beliau meminta pemimpin PAS itu supaya menghormati pandangan dan seruan pemimpin teringginya (Tuan Ibrahim) dan bukan berpolitik sehingga nasib rakyat terbiar.
Amzad sebelum ini memuat naik gambar Raja Kamarul memotong kek bersama Menteri Besar negeri itu dengan menyatakan ia sebagai satu aksi mencari publisiti.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim awal minggu ini menyeru parti pembangkang berdamai supaya tidak menghampakan rakyat yang mengharapkan perubahan. Seruan itu disambut baik pemimpin pembangkang yang lain

No comments:

Post a Comment