Thursday, July 14, 2016

BN, Pas beri kelebihan kepada DAP

Pas BN
KOTA BHARU – Tindakan BN dan Pas yang kerap ‘mempromosikan’ DAP memberikan kelebihan politik terhadap parti itu di negara ini.

Penganalisis Politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rusdi Omar berkata, ini kerana BN dan Pas secara tidak langsung mempromosikan parti itu secara meluas di media sosial dan juga media massa kerajaan dalam isu-isu berkaitan.

“Cara memburukkan DAP melalui media baharu ini bukan merupakan langkah yang bijak tetapi merupakan langkah yang ke terbelakang kerana ia memberikan kelebihan politik kepada DAP dalam memperkenalkan parti itu kepada rakyat di negara ini.

“Malah isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang didakwa di mahkamah bersabit kesalahan rasuah juga memberi kelebihan kepada DAP dalam mendapatkan undi simpati dari penyokong kaum Cina yang sebelum ini dilihat sudah kembali kepada BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong meramalkan DAP berada dalam keadaan terbaik dan bakal memperoleh kemenangan yang besar dalam PRU akan datang.

Tambahnya, isu Guan Eng sebenarnya tidak memberi keuntungan kepada BN terutamanya Gerakan dan MCA dalam menawan kembali kerusi-kerusi yang majoriti pengundi Cina dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Susah untuk Gerakan memenangi kerusi di Pulau Pinang kerana sentimen rakyat di negeri tersebut terutama kaum Cina telah lari kembali kepada DAP akibat kes pendakwaan ini (Guan Eng).
Beliau berkata, sebagai kesimpulannya BN terutama Umno dan Pas perlu bijak dalam membuat percaturan politik supaya mereka boleh menjadi parti yang dominan dalam politik di negara ini kelak.

“Tak perlu kita memainkan isu-isu yang sensitif seperti bangsa Melayu dan agama kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan negara dan orang lain tidak boleh mempersoalkan tentang hak-hak istimewa orang Melayu.
“Paling penting sekarang dan masa depan adalah kita perlu membicarakan isu yang lebih besar lagi seperti isu kepimpinan, pemerintahan yang telus dan adil, kos sara hidup, kebajikan rakyat, peluang pekerjaan,” katanya.

Katanya, ketangkasan kerajaan dalam menangani isu-isu kritikal itu dilihat akan memberi kelebihan buat BN untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

2 comments:

  1. Tulisan ini buat bodoh suruh pemerintah jadi telus dan adil.
    Apa tidak erti dan faham scam 1MDB skr....Buat bodoh ianya tidak apa apa saja . Kebajikan raykan pulak kebajikan dompek UMNO yg ti utamakan......RAYAK , GST, SUBSIDI, APA LAGI NAK DI RAMPAS .....

    ReplyDelete
  2. Tapi kalau Naji nak bersihkan imej rasuah join aje PH mcm tun M dan LGE..

    ReplyDelete