Wednesday, July 20, 2016

DAP dakwa SPR laksana persempadanan semula tidak sah

 FMT| July 20, 2016
SPR tidak berhak untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan pilihan raya ke tempat lain, kecuali ia dalam konteks persempadanan semula.
ong-kian-ming-spr
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP Ong Kian Ming hari ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak sah melaksanakan persempadanan semula, dan kini mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak itu.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, Kian Ming berkata Artikel 113 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jika SPR merancang untuk merangka semula sempadan kawasan mana-mana kerusi menerusi persempadanan semula, ia perlu memaklumkan kepada speaker Dewan dan perdana menteri.
Ia juga perlu menerbitkan makluman proses persempadanan semula itu dalam Gazet, dan juga akhbar utama.

Bagaimanapun, Kian Ming berkata SPR gagal mematuhi semua syarat itu, dan notis yang diterbitkan dalam Gazet pada 29 April 2016, menyenaraikan daerah mengundi dan pusat mengundi bagi kawasan persekutuan dan negeri di Semenanjung Malaysia itu sebenarnya “persempadanan semula secara senyap”.
“SPR ada hak untuk menubuhkan daerah mengundi baharu dalam kawasan pilihan raya yang sama mengikut Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958.

“Tetapi SPR tidak berhak untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan pilihan raya ke tempat lain, kecuali ia dalam konteks persempadanan semula,” katanya.
Beliau mendakwa persempadanan semula yang tidak sah itu dilakukan di kawasan sempadan andata kerusi Umno di batang Kali dan Kuala Kubu Baru milik DAP.

Katanya, ini menyebabkan 14 kawasan membabitkan 5,590 pengundi dipindahkan. Ini menyaksikan jumlah pengundi di Kuala Kubu Baru meningkat daripada 21,186 pada pilihan raya umum lalu, kepada 26,720 sekarang.
“Ini menunjukkan kenaikan luar biasa sebanyak 26.1%. pada masa sama, jumlah pengundi di Batang Kali menurun daripada 43,578, kepada 38,044.

“Kami terpaksa mengesyaki ini ialah strategi yang digunakan BN untuk memenangi semula kawasan pilihan raya dalam Selangor secara senyap-senyap.
“Jadi kami menggesa SPR menarik semula persempadanan semula yang tidak sah ini dan mengembalikan sempadan pilihan raya dalam Semenanjung Malaysia sama seperti yang digunakan dalam PRU pada 2013,” katanya.

Beliau berkata Bersih 2.0 akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya pada Jumaat untuk mendesak jawapan terhadap isu itu.
Jika suruhanjaya itu gagal memberi respons sewajarnya, Kian Ming dan beberapa pemimpin DAP lain akan mengambil tindakan undang-undang.

Adun Kuala Kubu Baru Lee Kee Hiong yang turut serta pada sidang media hari ini mendakwa antara pengundi di kawasannya ialah Adun Batang Kali Mat Nadzari Mat Dahlan.
“Saya belum jumpa dia lagi. Tapi bila saya jumpa, saya akan tanya adakah dia bersedia hendak jadi pengundi saya,” katanya berseloroh

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete