Friday, July 29, 2016

Ingat pengorbanan kami yang dituduh ‘Anwarinas’, kata Mat Sabu

 | July 29, 2016
Bekas timbalan presiden PAS mengingatkan bagaimana beliau dan rakan-rakan diserang puak konservatif semata-mata mempertahankan rakannya PKR.
matsabu_pakatan_600
KUALA LUMPUR: Di kala beberapa pemimpin pembangkang berbalah mengenai cadangan DAP mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang, Presiden Amanah Mohamad Sabu mengingatkan pengorbanan beliau dan rakan-rakan ketika berada dalam PAS dulu bagi mempertahankan kerjasama dengan PKR.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata sekumpulan pemimpin parti itu pada muktamar tahun lalu diberi gelaran “Anwarinas” kerana mempertahankan gabungan Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.
“Walaupun kami yang menjadi mangsa kerana mempertahankan konsep Pakatan Rakyat, namun kami tetap bersabar. Kami akan terus bekerja untuk menjayakan kerjasama parti-parti politik atas kepentingan bersama menghadapi BN,” katanya dalam satu kenyataan.

Komen Mohamad atau Mat Sabu itu dipercayai ada kaitan dengan keengganan PKR menerima cadangan DAP memanggil pilihan raya negeri di Pulau Pinang.
Beberapa pemimpin PKR dan DAP juga dilihat berbalah secara terbuka berhubung perkara itu, dengan DAP menuduh PKR juga pernah memanggil pilihan raya secara unilateral tetapi tetap disokong demi semangat kerjasama.

Mat Sabu merupakan antara pemimpin PAS yang kerap dikategorikan dalam puak yang dikenali “progresif”, yang menerima tentangan hebat puak “konservatif” yang menyokong Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Selepas tewas dalam pemilihan parti dan tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP, beberapa pemimpin puak “progresif” menubuhkan Parti Amanah Negara, dan bekerjasama di bawah gabungan baharu Pakatan Harapan.

Mat Sabu turut mengingatkan bagaimana mereka mempertahankan PKR daripada serangan beberapa kelompok PAS, yang enggan bersetuju pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh susulan hukuman penjara limat tahun ke atas Anwar pada Februari 2015.
“Malah Pemuda PAS membuat tunjuk perasan menentang pencalonan Wan Azizah dengan diberi perlindungan kepada mereka oleh pemimpin PAS.

Kami pula turun berhempas pulas bagi memastikan Wan Azizah menang dengan jayanya,” katanya.
“Pengorbanan ini bukan untuk diungkit, tetapi bagi mengorak sejarah bagaimana AMANAH akhirnya lahir dan berada di arena politik Malaysia,” tambah Mat Sabu.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete