Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyenaraikan tiga sebab utama
atas tindakan beliau tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Dzulkifli
Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang baharu.
Menurut ahli parlimen Gelang Patah itu, pertamanya, Dzulkifli terlalu
'junior' untuk mengepalai suruhanjaya tersebut kerana beliau perlu
dinaikkan pangkat kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A tingkat
tertinggi untuk dilantik untuk mengetuai SPRM.
Kedua pula ialah pelantikannya sangat tidak wajar ketika negara
sedang berdepan perhatian negatif antarabangsa ekoran saman sivil yang
difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat membabitkan aset
bernilai AS$1 bilion yang berkait rapat dengan 1MDB.
"Dzulkifli memainkan peranan penting dalam membantu Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion dengan terbukti,
duduk bersebelahan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali ketika sidang
akhbar mengumumkan tidak ada pertuduhan ke atas Najib pada 26 Jan yang
lalu," ujar beliau.
Sebab ketiga ialah tahap kelayakan Dzulkifli untuk jawatan nombor
satu suruhanjaya itu padahal beliau dan Apandi gagal untuk mengenal
pasti 'Malaysian Official 1" yang dinamakan sebanyak 36 kali dalam saman
DOJ itu, kata beliau.
Justeru, rakyat negara ini perlu bertanya sama ada individu yang
tidak mengetahui 'Malaysian Official 1' sebagai layak dan sesuai untuk
mengetuai agensi anti-rasuah di negara ini, tambah Lim.
Lim berkata demikian semasa majlis makan malam anjuran DAP cawangan Sri Kembangan semalam.
Dzulkifli, yang merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan
Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara diumumkan sebagai pengganti Tan Sri
Dr Abu Kassim Mohamed mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021 oleh
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.
Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua
Pesuruhjaya SPRM yang baharu.
Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti,
Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kata Ali
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment